CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, March 13, 2012

sekadar gambar hiasan =)

1,623 Permohonan Skim Rumah Pertamaku Diterima Hingga Januari - Najib

KUALA LUMPUR: Sebanyak 1,623 permohonan bagi mendapatkan jaminan di bawah Skim Rumah Pertamaku telah diterima sehingga Januari tahun ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Daripada jumlah itu, sebanyak 280 pinjaman telah diberikan jaminan dengan nilai RM41.1 juta, katanya dalam jawapan bertulis kepada Hee Loy Sian (PKR-Petaling Jaya Selatan) pada persidangan Dewan Rakyat pada Selasa.

Najib berkata Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) telah melaksanakan 56 projek perumahan kos rendah, kos sederhana rendah dan kos sederhana melibatkan 37,757 unit sehingga Januari lepas.

Bagi program Rumah Mesra Rakyat pula, SPNB telah menyiapkan 17,749 unit rumah di seluruh Malaysia, katanya kepada soalan Hee yang ingin tahu sejauh mana kejayaan pembinaan skim-skim perumahan berkenaan dan rancangan kerajaan supaya rakyat berpendapatan rendah di bandar mampu memiliki rumah.

Najib berkata bagi tempoh yang sama, 32,762 unit rumah di bawah Program Perumahan Rakyat (PPR) melibatkan 25 projek telah siap dibina dan 2,100 unit sedang dalam pembinaan di Kuala Lumpur bagi menampung kekurangan rumah kos rendah di kawasan Lembah Klang.

Perdana Menteri berkata pembinaan rumah kos rendah oleh pemaju perumahan swasta mengikut kuota yang ditetapkan kerajaan negeri juga telah dapat membantu meningkatkan pemilikan rumah golongan berpendapatan rendah di bandar-bandar seluruh negara. -BERNAMA


0 comments: