CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, March 14, 2012

SBPA dibatalkan, gaji naik 13% gred 1 - gred 54

PUTRAJAYA 8 Mac - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, hari ini mengumumkan pelaksanaan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) dibatalkan dan kembali kepada Skim Saraan Malaysia (SSM) yang akan ditambah baik.
Pengumuman itu dibuat pada perjumpaan beliau dengan penjawat awam di Pusat Konvensyen Antarabangsa di sini.

Mengenai pergerakan gaji, dijangkakan gred 1-54 gaji dinaikkan sebanyak 13% manakala gred JUSA C dan ke atas kenaikan gaji sebanyak 7%.

Perhimpunan kakitangan awam pada pagi ini bersama PM Najib telah memutuskan perkara berikut, secara ringkas

1. SBPA dibatalkan dan kembali kepada SSM seperti sebelumnya.
2. Penubuhan Suruhanjaya Khas.
3. Pelaksanaak gaji kembali kepada sistem gaji matrik dalam SSM.
4. Kenaikan gaji tahunan antara RM80-RM320 setahun.
5. COLA dinaikkan, RM200 kepada RM250, RM100 kepada RM150.
6. Insentif lain dikekalkan-insentif wilayah, pendalaman.
7. Kenaikkan gred untuk guru-guru berdasarkan ‘time-based’.

0 comments: