CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, March 13, 2012

Bersabar dalam Berdakwah



Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah bin Mas`ud RA katanya, “Aku masih terbayang Rasulullah SAW menceritakan tentang seorang nabi daripada nabi-nabi (sebelum Rasulullah) yang dipukul oleh kaumnya hingga berdarah. Dia mengesat darah di mukanya sambil membaca (allahummaghfir li qaumi fa innahum la ya`lamun) yang bermaksud: Ya Allah ampunilah kaumku oleh sebab sesungguhnya mereka tidak mengetahui”.
Riwayat:
Bukhari dan Muslim

Keterangan : Sesetengah ulama berpendapat bahawa nabi yang dimaksudkan ialah Nuh AS. Dan yang lain berpendapat bahawa nabi itu ialah Rasulullah SAW sendiri.
Huraian Hadith:
  1. Kesabaran dan kesantunan para anbiya’ dalam menyampaikan dakwah dan ini sepatutnya menjadi teladan kepada para pendakwah.

  2. Kita hendaklah mencontohi akhlak Nabi kita SAW dalam bersabar menghadapi sikap buruk orang jahil, kerana junjungan Nabi telah dilontar dengan batu dalam peperangan Uhud hingga berdarah mukanya.

  3. Kesabaran Nabi itu nyata apabila perbuatan angkara daripada kaumnya dibalas dengan doa.
*FROM : JAKIM

0 comments: