Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
”Sesiapa yang tidak mengasihi orang muda dan tidak mengenali hak orang tua maka bukan dari kalangan kami.”
~ Riwayat Abu Daud ~
Huraian
- Orang beriman adalah mereka yang hidupnya saling hormat menghormati dan kasih mengasihi antara satu sama lain tanpa mengira usia, tua ataupun muda.
- Orang yang kurang sifat kasih sayang kebiasaanya cenderung bersikap ganas dan kasar hingga akhirnya hidup golongan ini menjadi terasing dan terpinggir daripada masyarakat.
- Kekejaman berupa penderaan dan kekerasan terhadap golongan yang lemah sama ada terhadap kanak-kanak dan orang tua merupakan suatu perbuatan yang amat dibenci oleh agama kerana ia mempamerkan sifat zalim dan tidak berperikemanusiaan yang tidak sepatutnya ada pada diri seorang manusia yang dianugerahkan Allah dengan akal fikiran dan perasaan.
Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
: catatan pendita
0 comments:
Post a Comment