BUDAYA SONGSANG
Budaya songsang bermaksud krisis nilai atau fahaman yang tidak selari dengan akhlak Islam sama ada pada gaya, percakapan, perlakuan, berpakaian dan pergaulan yang mencemarkan imej Islam. Anasir-anasir yang tidak sihat ini sebenarnya didorong oleh hawa nafsu yang sentiasa mengajak manusia melakukan perkara-perkara bercanggah dengan syariat Islam. Sepatutnya kita tidak mudah terpengaruh dengan budaya liar ini dengan menggadai maruah diri, mengoyak kesopanan dan kesusilaan yang akhirnya menjatuhkan martabat diri menjadi hina dan sia-sia. Renungilah firman Allah S.W.t dalam surah Toha, ayat ke 124 : "Dan sesiapa yang berpaling dari peringatanKu, maka sesungguhnya baginya kehidupan yang sempit dan akan kami himpunkan mereka pada hari kiamat dalam keadaan buta". Antara contoh budaya songsang dan dilarang oleh Islam yang berlaku dalam masyarakat kita hari ini ialah sambutan hari kekasih (Valentine's Day) pada 14 Febuari setiap tahun, gay, lesbian, punk, skinhead, black metal, seks bebas minum arak, lumba haram, berjudi dan sebagainya. Semua budaya songsang ini adalah serpihan amalan jahiliah yang membawa kepada kehancuran umat dan kemurkaan Allah S.W.T. Pesan Imam Al-Ghazali : " Apabila kamu melakukan maksiat, Ingatlah bahawa kamu melakukan dengan anggota tubuhmu yang merupakan kurniaan Allah. Ini bermakna kamu telah menyalahgunakan nikmatNya dan khianat terhadap amanah yang diberikan. Ketahuilah bahawa semua anggotamu akan bersaksi di atas segala perlakuanmu di dunia sewaktu di Padang Mashyar kelak". Antara kaedah untuk mengelak diri daripada terjebak dengan budaya songsang ialah :
Ø Sentiasa berpegang teguh dengan ajaran Islam yang sebenar.
Ø Sentiasa ingat bahawa setiasa yang dilarang olah agama membawa kesan negatif dan mengundang bala dan malapetaka daripada Allah S.W.T.
Ø Sentiasa ingat bahawa budaya songsang akan mendatangkan penyakit dan kemudaratan kepada diri sendiri serta azab Allah di dunia hingga ke akhirat.
Ø Sentiasa ingat bahawa Allah selalu memerhatikan kita dan amalan songsang yang dilakukan akan dicatat oleh petugas Allah iaitu para Malaikat.
P/S : Hasil catatan ini dipetik dari Unit Penerbitan & Penerangan (Bahagian Dakwah) Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang.
Wednesday, June 30, 2010
hati2 meniti kehidupan
Posted by aufa afia at 1:23 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment