CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, June 10, 2010


Hasan Al Banna, orang pertama hidupkan

isu Palestin.


Isnin , 23/02/2009 – Hasan al Banna merupakan seorang tokoh umat Islam yang menghidupkan isu Palestin. Beliau berjaya menjadikan Palestin sebagai isu utama umat Islam. Ini merupakan salah satu pendapat yang dilontarkan dalam seminar yang diadakan di Pusat Kajuan dan Penelitian Palestin di Gaza. Tema seminar ialah “60 tahun Syahidnya Imam Hasan al Banna”. Acara ini dihadiri para ulama dan pemimpin lembaga dan organisasi Islam dan nasional serta para pemikir Islam.

Dr. Muhammad al Hindi, pemimpin Jihad Islam dan juga pengarah Pusat Kajian dan Penelitian Palestin, mengungkap peranan Hasan al Banna dalam isu Palestina. Al Hindi mengatakan, “Imam Hasan al Banna menjadikan Palestin sebagai tumpuan perhatian dan istimewa. Beliau menganggapnya sebagai isu bersama umat Islam. Beliau turut menyatakan, al Banna turut menerajui demonstrasi di Mesir dengan slogan dan seruan “Palestin adalah Arab dan Islam”. Al Hindi menyatakan Imam al Banna amat mengetahui konflik di Palestin. Al Banna juga menyebutkan dunia Barat dan Yahudi bekerjasama menghancurkan Palestin.

Al Hindi menambahkan, “Pada tahun 1947, Imam al Banna menolak pembahagian wilayah yang dikeluarkan PBB. Dia menyampaikan seruan kepada seluruh umat dan Ikhwan secara khusus untuk menunaikan kewajiban jihad di Palestin. Al Banna mengatakan, “Al Ikhwan al Muslimun akan mencurahkan nyawa dan dana mereka dalam jihad mempertahankan setiap jengkal tanah Palestin.

Al Hindi menyambung lagi, “Pada tahun 1948, ketika deklarasi negara Zionis-Israel, Imam al Banna mengambil keputusan menghantar mujahidin dari Ikhwan ke Palestin. Meskipun ketika itu Zionis Israel mempunya i kekuatan yang kuat, al Banna tetap mengirim mujahidin dalam rangka menunaikan kewajiban.

Sementara itu Dr. Abdul Aziz Sakaki mengatakan, “Imam al Banna telah mencipta dakwah yang menyebar di seluruh pelosok dunia. Dialah orang pertama yang menghidupkan isu Palestin yang ketika itu tidak seorang pun mengetahui tentangnya. al Banna turut memimpin perang di Palestin. Al Banna akhirnya syahid disebabkan para pengkhiat.


sumber : COMES
penterjemah : Abu Awatif

di ambil daripada : Palestinkini.info

0 comments: