CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, November 1, 2012


Salam 'alaik.. 2 minggu lepas.. ade ikut seminar mantik..so.. serba sedikit yg ley dikongsi berkenaan ILMU MANTIK (ILMU LOGIK AKAL),memang da lama teringin nak belajar madah ni.. alhamdulillah berkesempatan juga..Syukran Allah ^^


Ilmu Mantik mempunyai dua pengertian:

1. Berdasarkan kepada topik perbahasannya:Adalah ilmu yang membicarakan tentang maklumat-maklumat yang berupa tanggapan dan gambaran serta maklumat-maklumat yang berupa hukum dan penetapan.(yang mana ianya dapat membantu seseorang untuk mengenal dan mendapat gambaran tentang sesuatu yang tidak diketahui atau membantu seseorang untuk mendapat kepastian tentang hakikat sesuatu yang belum pasti)Huraiannya:* Ilmu bermaksud: kaedah-kaedah umum.* Maklumat Tasawwuriah dan Tasdiqiah : Seseorang mengetahui erti perkataan dan susunan ayat yang telah ada dalam fikirannya sehingga ia dapat mengetahui apa yang tidak diketahui.


2. Berdasarkan kepada faedah ilmu Mantik: Adalah peraturan / kaedah-kaedah untuk memandu serta mengawal akal fikiran manusia daripada tersalah dan terpesong semamasa berfikir.


Bidang perbahasan ilmu Mantik:• Berkaitan Maklumat Tasawwuriah dan Tasdiqiah,(yang mana ianya dapat membantu seseorang untuk mengenal dan mendapat gambaran tentang sesuatu yang tidak diketahui atau membantu seseorang untuk mendapat kepastian tentang hakikat sesuatu yang belum pasti).

Faedah ilmu Mantik:• Mengawal fikiran daripada tersalah semasa berfikir.• Membezakan antara yang benar dan salah.• Mendidik kekuatan akal dan mengembangkannya dengan perbahasan dan menghasilkan keputusan.


Ilmu mantik dikenali dengan berbagai nama, antaranya:Pengukur ilmu, ilmu berdasarkan bukti, neraca segala ilmu, ilmu kaedah-kaedah berfikir.

* Nota:Matlamat mempelajari ilmu Mantik adalah mengawal akal daripada tersalah dan terpesong.

0 comments: