Imam Al-Ghazali lebih dikenali sebagai ulama tasawuf dan
akidah. Oleh sebab itu sumbangannya terhadap bidang falsafah dan ilmu
pengetahuan lain tidak boleh dinafikan. Al-Ghazali merupakan seorang ahli sufi
yang bergelar "hujjatui Islam".
Abu Hamid Ibnu Muhammad al-Tusi al-Ghazali itulah tokoh yang
dilahirkan di Tus, Parsi pada tahun 450 Hijrah. Sejak kecil lagi, beliau telah
menunjukkan keupayaan yang luar biasa dengan menguasai berbagai-bagai cabang
ilmu pengetahuan. Beliau bukan sahaja produktif dari segi menghasilkan buku dan
karya tetapi merupakan seorang ahli fikir Islam yang terulung.
Kecintaannya terhadap ilmu pengetahuan begitu mendalam
sehingga mendorongnya menggembara dan merantau dari sebuah tempat ke tempat
yang lain untuk berguru dengan ulama-ulama yang hidup pada zamannya. Sewaktu
berada di Baghdad, Al-Ghazali telah dilantik sebagai Mahaguru Universiti
Baghdad.
Walaupun telah bergelar mahaguru tetapi beliau masih
merasakan kekurangan pada ilmu pengetahuan yang dimiliki. Lantaran itu, beliau
meninggalkan jawatannya dan beralih ke bidang tasawuf dengan merantau ke Makkah
sambil berguru dengan ahli-ahli sufi yang terkenal disana.
Selain belajar dan mengkaji,. Al-Ghazali juga banyak
menulis. Dianggarkan beliau telah menulis 300 buah buku mencakupi pelbagai
bidang ilmu pengetahuan seperti mantik, akhlak, tafsir, ulumul Quran, falsafah,
dan sebagainya. Walau bagaimanapun, sebahagian besar hasil tulisannya telah
hangus dibbakar oleh tentera Moghul yan menyerang kota Baghdad.
0 comments:
Post a Comment