CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, November 1, 2012

outing

salam..

pg td sampai tghari, nisa ngn kwn2 ade join satu progm ni..
anjuran mufti negeri trggnu..
by the way..
nisa mmg tringin nk tahu pasal ilmu falak..
so..
seminar td brtjuk : seminar pndidikn ilmu falak & fatwa
lebey kurang cmtu la .. huhu

yg beznye.. dapat la sikit2 tahu pasal hilal..
ramadhan.. syawal... zulkaedah..

then..
pembntang2 kerja ade juga sentuh bab akidah..

Pasal Syiah la td..
lama sikit bab syiah ni..
menurut ustaz JAKIM tu..
syiah skrg mmg byk kat mlysia
lg2 kat lembah klang..
puak ni drpd, taksubnya terhadap pmpinn khalifah saidina ali..

puak ni juga byk mgguna kan org luar untuk tarik yg berpegg kpd
al-Quran Sunnah untuk tukr kpd Syiah

yg pelik2 tntang syiah adalah
mereka ni ade imam dua belas
dan imam yg kedua belas tu adalah imam mahadi yg di tggu2
masih lom muncul..

syiah juga mmpunyai rukun islam sendiri,
rukun islam pertama mereka adalah Imamah.

cara solat, wuduk, azan mereka juga berlainan,,
ade pengurangan dan juga penambahan..

sebagai contoh solat mereka ade 3 kali dalam sehari..

mereka juga menyamar dan menutup tittle syiah mereka,
dgn menyatakan yg mereka dari mazhab ja'fariyyah..

sahabat2..
marilah sama2 kita menimba ilmu yg lbh dalam berkaitan
akidah serta permasalahan ummat..

moga serba sedikit perkongsian di atas dapat mmberi mnfaat.
syukran ..

^^,


warna WARNI kehidupan







huJjaTul IsLam


Imam Al-Ghazali lebih dikenali sebagai ulama tasawuf dan akidah. Oleh sebab itu sumbangannya terhadap bidang falsafah dan ilmu pengetahuan lain tidak boleh dinafikan. Al-Ghazali merupakan seorang ahli sufi yang bergelar "hujjatui Islam".

Abu Hamid Ibnu Muhammad al-Tusi al-Ghazali itulah tokoh yang dilahirkan di Tus, Parsi pada tahun 450 Hijrah. Sejak kecil lagi, beliau telah menunjukkan keupayaan yang luar biasa dengan menguasai berbagai-bagai cabang ilmu pengetahuan. Beliau bukan sahaja produktif dari segi menghasilkan buku dan karya tetapi merupakan seorang ahli fikir Islam yang terulung.

Kecintaannya terhadap ilmu pengetahuan begitu mendalam sehingga mendorongnya menggembara dan merantau dari sebuah tempat ke tempat yang lain untuk berguru dengan ulama-ulama yang hidup pada zamannya. Sewaktu berada di Baghdad, Al-Ghazali telah dilantik sebagai Mahaguru Universiti Baghdad.

Walaupun telah bergelar mahaguru tetapi beliau masih merasakan kekurangan pada ilmu pengetahuan yang dimiliki. Lantaran itu, beliau meninggalkan jawatannya dan beralih ke bidang tasawuf dengan merantau ke Makkah sambil berguru dengan ahli-ahli sufi yang terkenal disana.

Selain belajar dan mengkaji,. Al-Ghazali juga banyak menulis. Dianggarkan beliau telah menulis 300 buah buku mencakupi pelbagai bidang ilmu pengetahuan seperti mantik, akhlak, tafsir, ulumul Quran, falsafah, dan sebagainya. Walau bagaimanapun, sebahagian besar hasil tulisannya telah hangus dibbakar oleh tentera Moghul yan menyerang kota Baghdad.






Salam 'alaik.. 2 minggu lepas.. ade ikut seminar mantik..so.. serba sedikit yg ley dikongsi berkenaan ILMU MANTIK (ILMU LOGIK AKAL),memang da lama teringin nak belajar madah ni.. alhamdulillah berkesempatan juga..Syukran Allah ^^


Ilmu Mantik mempunyai dua pengertian:

1. Berdasarkan kepada topik perbahasannya:Adalah ilmu yang membicarakan tentang maklumat-maklumat yang berupa tanggapan dan gambaran serta maklumat-maklumat yang berupa hukum dan penetapan.(yang mana ianya dapat membantu seseorang untuk mengenal dan mendapat gambaran tentang sesuatu yang tidak diketahui atau membantu seseorang untuk mendapat kepastian tentang hakikat sesuatu yang belum pasti)Huraiannya:* Ilmu bermaksud: kaedah-kaedah umum.* Maklumat Tasawwuriah dan Tasdiqiah : Seseorang mengetahui erti perkataan dan susunan ayat yang telah ada dalam fikirannya sehingga ia dapat mengetahui apa yang tidak diketahui.


2. Berdasarkan kepada faedah ilmu Mantik: Adalah peraturan / kaedah-kaedah untuk memandu serta mengawal akal fikiran manusia daripada tersalah dan terpesong semamasa berfikir.


Bidang perbahasan ilmu Mantik:• Berkaitan Maklumat Tasawwuriah dan Tasdiqiah,(yang mana ianya dapat membantu seseorang untuk mengenal dan mendapat gambaran tentang sesuatu yang tidak diketahui atau membantu seseorang untuk mendapat kepastian tentang hakikat sesuatu yang belum pasti).

Faedah ilmu Mantik:• Mengawal fikiran daripada tersalah semasa berfikir.• Membezakan antara yang benar dan salah.• Mendidik kekuatan akal dan mengembangkannya dengan perbahasan dan menghasilkan keputusan.


Ilmu mantik dikenali dengan berbagai nama, antaranya:Pengukur ilmu, ilmu berdasarkan bukti, neraca segala ilmu, ilmu kaedah-kaedah berfikir.

* Nota:Matlamat mempelajari ilmu Mantik adalah mengawal akal daripada tersalah dan terpesong.