Islam memandang tinggi orang yang menuntut ilmu, ia merupakan satu amalan yang sangat tinggi nilainya. Pahalanya amat besar sehingga orang yang mati semasa menuntut ilmu dikategorikan seperti seorang yang mati dalam beribadah.
Ayat pertama yang diturunkan dalam Al-Quran memerintah manusia supaya membaca yang bererti menuntut ilmu, sebagaimana firman Tuhan yang bermaksud...
"Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan. Dia yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhanmulah yang Maha Pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan Qalam”. (al-Alaq – ayat 1-4)
Dari ayat ini jelaslah menunjukkan betapa pentingnya ilmu dalam Islam, Rasulullah s.a.w juga menegaskan dalam sabdanya yang bererti...
“Sesungguhnya sekiranya engkau melangkah kaki di waktu pagi (mahupun petang) jika ia belajar satu ayat daripada al-Quran pahalanya lebih baik daripada ibadah satu tahun”.
Dalam Hadis yang lain Rasulullah s.a.w. bersabda madsudnya...
"Barang siapa keluar untuk menuntut ilmu maka ia termasuk dalam golongan orang yang berjuang pada jalan Allah , sehinggalah ia kembali".
Menuntut ilmu sama ada ilmu fardu ain atau fardu kifayah, kedua-duanya adalah penting bagi setiap insan untuk bahagia di dunia dan akhirat.
Kesempurnaan hidup di dunia berkait rapat dengan kebahgiaan di hari akhirat. Jika hidup di dunia pincang besar kemungkinan di akhirat juga akan termasuk ke dalam golongan orang yang dimurkai Allah s.w.t.
Untuk kesempurnaan di dunia kita mesti memiliki ilmu yang sempurna, seperti firman Tuhan yang maksudnya....
"Katakanlah hai Muhammad! Adakah sama kedudukan orang berilmu dengan orang yang tidak berilmu ? Sesungguhnya orang yang sedar itu ialah orang yang berfikir”. (al-Zumar – ayat 9)
Ilmu pengetahuan yang ada pada seseorang itu dapat meningkatkan kedudukannya dalam masyarakat. Lagi tinggi pengetahuan seseorang maka lagi tinggilah kemuliaannya di sisi masyarakat. Orang berilmu bagaikan bintang yang bersinar diwaktu malam.
Ini jelas seperti dalam ayat Al-Quran yang bermaksud....
“Allah mengangkat kedudukan orang yang beriman dan mereka yang diberi ilmu pengetahuan dengan beberapa darjat kebesaran”.
(al-Mujadalah – ayat 11)
Maksud ayat-ayat dan Hadis-Hadis di atas menunjukkan betapa tingginya darjat dan keistimewaan orang yang mempunyai ilmu pengetahuan dalam satu-satu bidang. Dengan ilmu, seseorang itu dapat meningkat martabat hidup di dunia dan di akhirat kelak. Moga ilmu yang ada adalah ilmu yang bermanfaat dan diredhai Allah..
- sumber rujukan : jurnal pendidikan

0 comments:
Post a Comment