Sunday, March 31, 2013
Sunday, March 10, 2013
luahan hati
hari ni pada tanggal 10 march 2013
pada jam 6.30 pm
saya dan ahli keluarga telah kehilangn seseorang yg amat berjasa
idderis kassim @ lebih dikenali sebagai paklong belah keluarga emak
kami rapat sekeluarga kerana hubungan kekeluargaan kami rapat sejak emak kecil lagi
sehingga lah saya sudah dewasa
kehilangan ni menuntut saya meluahkan pada blog ini
kerana rasa sedih yang berganda pabila nenek saya juga meninggal dunia pada akhir tahun lepas
kiranya hati ini pilu kerana tidak dapat melihat paklong buat kali terakhir
emak tidak izinkan saya pulang ke melaka disebabkan jarak dan waktu
saya faham
redha dengan kondisi ini
adat orang merantau
ketika nenek meninggal dunia pada bulan 12 yg lalu
kesalahan besar telah saya lakukan
saya pulang ke melaka tanpa redha kedua orang tua saya
saya terpaksa kerana sebak di dada melangkaui saya untuk tempuh segala apa yang mustahil
asalkan kehendak dan matlamat saya untuk melihat air muaka arwah nenek buat kali yang terakhir tercapai
alhamdulillah segala kesulitan semasa dalam perjalanan saya jdkan ibroh
dan pengalaman untuk bekalan pada masa akan datang
Kini,
hati saya terdetik seketika
ajal yang selama ini kita selalu pinggirkan
semakin hampir
kerana
yang kecil pasti akan besar
yg muda pasti berganti tua
dan begitulah yg hidup akan mati
Salam sayang dari kejauhan,
Hsqu@re
Posted by aufa afia at 11:10 AM 0 comments