CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, April 12, 2012

Lambaian Tanah Suci



:::Macam bez tgk org g umrah.. jiran2 ade yg baru balik umrah.. wow.. teruja sgt.. tu baru umrah lom haji lagi.. Dalam diri ni da lame pasang niat..:::

:::Sempena mnymbut kesyukuran hari lahir yg ke22 beberapa hari lalu..(da msuk seminggu da =b) ade sorang mmbe tmpat keje nie tnye..:::

"nisa.. pe azam untuk ari lahir yg ke22 nie??"
spontan nisa jwb : "nak tunaikan hji diusia muda"
hehe~ so.. yg pelik nye dorang terdiam (terkedu kejap)
pas seminit.. dgr jwapan sorang dari mereka.. "alhmdulillah nisa.."

:::tu bukan masalah nye.. tapi yg ingin di highlight nye adalah.. impian nisa nak tunaikan hji diusia muda,huhu.. muda tu umo bape erk?? 40 ke?yeke... xtua ke tu??
klo cmtu.. 30 ye?:::

:::ha.. mybe.. mgkin itu wktu yg sesuai.. Nisa teringin nak g haji ngn parent nisa.. sekurang2 nya bila dorang ade pape mslh, ley gak nisa tolong.. n Nisa ley same2 wat hji ngn dorang.. tu la nisa pilih usia muda..huhu.. yg pntingnya sgala niat sume Nye kerana Mu Ya Allah.:::
:::oleh itu.. marilah menabung dari sekarang.. sempat lg.. insyaAllah Allah s.w.t permudahkan urusan yg suci:::

Dosa Dicari Dengan Mencuri


salam 'alaik ya sahabati..

hope dalam dada pnuh iman =)

di sebuah kawasan bumi..
kecoh 2 ke 3 kwsan berkenaan curi mncuri nie.. siap curi benda2 leceh pon.. agak2 da x de duet sangat kot.. ye pon bg la hint.. ni sedar2 da lenyap.. adoii sabor jela~ =(


yup..fitrah semula jadi manusia suka untuk mencari harta kekayaan. but... ley kan dapat selain dari mncuri~

Setelah jaminan kebebasan untuk mencari harta benda dengan cara yang halal diperundangkan, harta yang diusahakan itu mestilah halal dari segi cara ia diperoleh, barangan yang terlibat dan cara ia dibelanjakan. Hal ini diperjelaskan oleh Allah S.W.T dalam ayat, terjemahannya :

Orang yang menyimpan emas dan perak dan tidak membelanjakannya ke jalan Allah, maka hendaklah diberikan khabar balasan dengan azab yang pedih. Pada hari mereka dibakar muka, rusuk dan punggung mereka, seraya dikatakan kepadanya inilah harta bendamu yang kamu simpan untuk diriku. Maka rasailah balasan yang kamu simpan dahulu.

( Surah at-Taubah 9:34 -35 )


Untuk memelihara keselamatan harta benda yang menjadi hak milik halal bagi individu, tamadun Islam mengharamkan sebarang bentuk pencurian daripada sekecil-kecil harta seperti jarum hinggalah sebesar-besarnya. Hal ini diperjelaskan oleh Allah S.W.T dalam ayat, terjemahannya :

Lelaki dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan kedua-duanya sebagai pembalasan daripada apa yang mereka kerjakan dan sebagai seksaan daripada Allah.( Surah al-Maa’idah 5:38 )

so.. nak kena potong tangan ke.. ??haaaaaaaa..
ni undang2 Allah s.w.t yg termaktub dalam kitabNya.
jgn diperlekehkan.. jgn tidak dihiraukan.. sume yg tertulis sbg pngjaran dan undang2 untuk kita sbg hmbaNya patuh dan akur dgn segala yg di tetapkn..

kpd siapa yg da terlnjur mgmbil hak org lain.. bertaubatlah..
dan pulngkn semula hak tersebut.. ( saya ingtkan diri sendiri juga ) .. kpd yg belom prnh terlibat ke kncah dosa2 yg di mksudkn.. alhmdulillah..
truskn perbaiki diri.. k.... nyte =)

salam 'alaik


duet kertas Baru.. (sume nak baru ek) =/


KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia hari ini mengumumkan bahawa wang kertas Malaysia siri baharu akan berada dalam edaran mulai 16 Julai.

Bank pusat itu dalam satu kenyataan hari ini berkata wang kertas siri baharu itu yang bertemakan 'Keunikan Malaysia' terdiri daripada denominasi RM1, RM5, RM10, RM20 dan RM100.

"Wang kertas RM50 dalam siri ini telahpun berada dalam edaran sejak bulan Disember 2007 dan akan terus berada dalam edaran," kata BNM. Bank Negara berkata dalam membuat persediaan bagi edaran wang kertas siri baharu ini, ia telah bekerjasama rapat dengan institusi kewangan, sektor perniagaan, vendor pengendali mesin wang tunai dan pihak berkuasa tempatan sejak Disember tahun lepas, untuk memudahkan peralihan yang lancar.

"Beberapa sesi perbincangan dan interaksi dengan pihak berkepentingan tersebut telah diadakan bagi memastikan ketersediaan sistem dan proses untuk edaran wang kertas baharu," kata bank pusat itu.

Bank Negara menggesa vendor yang mengendalikan mesin wang tunai memastikan mesin berkenaan boleh menerima wang kertas siri baharu dan lama untuk kemudahan orang ramai menjelang tarikh tersebut. -BERNAMA